beautiful....by: BEAST

Saturday, October 8, 2011

tawakal saja lor

sepanjang proses menghadapi exam law, mukaku begini....

Ya Allah,,,, tuhan je yg tahu cmne rs bila nk hafal semua yang ada dlm buku tu....

sabar je la~ huhu... nak buat cmne kan... nama pun student... mestila study hard...

kalau x, cnfirm ada yg rpeat nnti.... xnak aku.... hehe

apa2 pun, aku bersyukur sbb aku dah berusaha, belajar, n lastly, tawakal jak...

mudah-mudahan semuanya lulus... AMIN~ 

now, 9 Oktober 2011,,,,,

diumumkan, Nur Sushila Binti Johari, 

student kampus dot dot dot telah menamatkan sesi peperiksaannya dari 19 September 2011 hingga 9 

Oktober 2011..... 


that's all..... heee

-ASSALAMMUALAIKUM-


Friday, October 7, 2011

di sebalik word "CINTA"

apa nak jadi dengan manusia,
semua benda nak kongsi bersama,
air segelas minum berdua,
konon setia katanya.
Yang lagi dahsyat,
berjalan kemana-mana pun nak berdua,
dah macam tak ada orang lain kat dalam ini dunia,
macam belangkas sentiasa berdua.                                  
Inilah bahana orang bercinta,
bercinta tapi tak tau apa itu CINTA.
Inilah sekarang punya remaja,
maaf andai terkasar bahasa,
bukan mengutuk bukan mengata,
semuanya realiti benar belaka.
Ada yang kata cinta itu buta...betul ke?
Kalau buta dimana matanya?
Ada yang kata cinta itu gila...
macam-macam pengertian remaja,
pening kepala dibuatnya.
Lagi teruk yang kata cinta itu untuk sementara,
untuk buat suka-suka,
untuk seronok-seronok saja.
Ada yang kata cinta itu,
C  - cinta
I  - itu
N - nikmati
T - tubuh
A - anda
tak ke melampau namanya?!
Manusia manusia...
Muda-muda dah gatal nak bercinta,
konon dah cukup remaja,
tapi makan pakai pun mak bapak yang jaga,
dah tak tau nak cakap apa,
kalau ditegur bukannya nak dengar kata,
bila nasihat ada-ada saja jawapannya..
darah muda... macam tu la gayanya...
Mula-mula kenal sms dan chat saja,
bila dah lama kenal mulalah ajak berjumpa
dari berkawan jadi bercinta.
Bila dah bercinta...
Bila dah bercinta macam2 ragamnya,
sesaat tak berjumpa macam setahun lamanya,
itulah kata-kata manis si dia.
Bila berjumpa nak berdua aja,
konon nak privasi katanya,
dia tak tau ada orang ketiga,
yelah benda tak nampak di mata.
Mula-mula bercinta semua cantik di mata,
yang panas pun sejuk katanya.
Manusia manusia...
Inilah permainan dunia...
benar kata orang cinta itu buta,
tapi kalau buta dimana matanya...
Inilah yang buat aku tertanya-tanya.
Cinta tidak akan datang kalau tak dicari,
cinta takkan dapat kalau tak diberi...
Betul ke?
Sukar untuk aku percaya...
Tapi inilah hakikatnya.
Mind is the greatest gift,
gunakan lah sebaiknya.
Cintailah Yang Maha Mencintai.. =)

keLebiHan HarI juMaat~



Penghulu Segala Hari
Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu 

1)  Allah ciptakan Adam , 
2)  Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam, 
4)  Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 
5)  Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W  mengutuskan  malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Tuesday, October 4, 2011

M O R N I N G (~_~)

bangun pagi....
gosok gigi....
cuci muka.....
.......................????????? hehe... lupa lirik ler...
hurm.... hari ni nk cakap psl pagi yang indah.... 
kalau bangun pagi tengok rumput yang hijau pun dah tenang....
dapat jugak hirup udara yang segar.... fresh air.... :)
bangun awal pulak aku hari ni..... haha... tebiat baru mungkin....
sbb nk exam... haha... 
tpi, memang pun segar kalau bangun awl wlaupun frst2 tdi mmg susah nak buka mata....
anyway, good morning to alls....... smoga hari ni kita lagi semangat utk mghadapi cbrn utk hri ni pulak.... 



Setiap manusia pasti berubah..

kadang-kadang apabila melakukan kesalahan, kita sendiri tak akan sedar.....
aku percaya suatu hari manusia akan berubah....
hanya perlu yakin dengan diri, hati, kawan-kawan sekeliling yang menyokong, dan terutama sekali Allah SWT..  
jangan sesekali terpengaruh dengan kata-kata orang yang menghasut kita....
maybe ianya satu dugaan daripada Tuhan..... 
terima dan hadapi realiti kehidupan!!! :)
aku yakin kita semua akan mendapat hidayah dari Tuhan..... lakukan dengan sungguh-sungguh...
alhamdulillah, aku mendapat satu ilham dan akhirnya dapat mengubah ke arah yang lebih baik......
terima kasih atas sokongan kawan-kawanku..... dan terutama sekali bersyukur ke atasNya... 
terima kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang untuk berada di jalanMu...... 
mudah-mudahan peluang ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya..... 
di saat Allah berikan peluang, setiap manusia akan menangis kerana bersyukur dan berterima kasih kepadaNya....
masa silam bukanlah satu sejarah hitam..... itu semua pandangan masing2..
bagiku, masa silam adalah kenangan sama ada pahit atau manis, ianya kekal sebagai kenangan dalam hati kita......
dari masa lampau, ianya mengajar kita erti kehidupan sebenar dan mengubah kita ke arah suatu yang lebih baik...... insyaAllah.......